Kawan dengan HATI **IKHLAS++


Kalau nak diceritakan tentang kawan....... banyak cter nye... jadi kat sini kita cuba bercerita.....
Memang susah nak cari kawan yang baik, susah nak jadi rakan yang baik, susah nak jumpa orang yang betul2 ikhlas nak berkawan dengan hamba Tuhan yang lemah lagi hina ni....

This story, bermula apabila dua orang rakan kita bergaduh kerana personal matter.... yang sorang ni suka " cerita nak hebat je...!!!"....yang sorang lagi terlampau percaya...:) so, at the end bila kebenaran terurai... kawan yang tertipu ni tadi mula hilang kepercayaan... seperti biasa, kebenaran sentiasa mencemburui kebohongan... 

jadi bila sampai pada tugasan (assignment), teamwork, presentation........... semua yang dok kata "aku profesional" tu entah hilang ke mana.... last2, masing2 tarik muka... sebagai group member yang lain, pastinya kita tak suka and taknak problem tu berpanjangan... at the end 1 group tarik muka..

Bila sorang dah bergaduh...macam2 la cerita, fitnah berleluasa.... even benda yang betul, kalau kita cakap depan2 orang yang empunya badan, and dye marah...itu pun dah salah... camne tu??
semua nye pasal satu subjek ni... bukan setakat 1 group, group2 lain pun ada problem yang sama...sampai ada nak putus kawan....serang rumah kawan sebab tak buat kerja... bertekak kat ruang tamu...

tak cukup sampai situ.... post kat facebook macam2... maki hamun orang.... STOP IT...!!! la sayang...
u kata u sayang kawan2 u... then why nak kutuk kawan2 belakang... jadi kat sini.. TAHUKAH ANDA??? FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH...n MENGUMPAT ITU UMPAMA MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI....ini pesanan untuk diri sendiri yang sering terleka jugak...

as manusia kita x terlepas dari menyebelahkan sebelah pihak, bila kita rasa mereka banyak hujah yang  menghentam pihak yang satu lagi.... tapi, kalau kita da rasa kita x boleh berat sebelah... then, kita baik je la dengan semua orang.... buat apa nak tambahkan api pemusuhan...??

Apa perasaan anda bila dapat mesej yang macam ni???........
""than kau ni , scara fizikal yg dah nampak alim sgt ni, kau yg byk ilmu agama sepatutnya tolong redakan kitorang semua . bukan kau yg menjadi pembara yg sama2 ditch kan aku. so ko fikir lah. ko punya tutup aurat sana sini, ko mesti la kena jadi kwn yg adil. benci aku, silakan block aku. aku xkan delete kau sbb mmg aku xde masalah dgn kau. jgn amik hati yg aku ckp kt **** suruh kau jgn masuk campur. sbb aku xnk begaduh dgn kau. ok bye2""

memang la sentap...!!! tapi kita ada masa lagi nak ubah semua ni... kita ada peluang untuk mintak maaf..... jadi KENAPA TIDAK??? kenapa berat sangat nak ungkapkan lafaz maaf??? itu bukanlah lafaz yang berhak tersimpan.... maaf itu patut diluahkan.... maaf bukan tanda kita kalah same goes to mengalah tak semestinya kalah.... just EMPAT HURUF...M.A.A.F.....kita tak perlu bayar seringgit pun untuk kata maaf.... yang penting jangan ada dendam dan benci........arraso??? kan penat hidup dalam benci n sakit hati......

camne??? da mintak maaf dengan orang sekeliling kita?? kalau dah..bagus la....
thanks for reading....semoga persahabatan kita dapat terjalin even tak bersua muka... salam ukhwah...:)

Comments

Popular posts from this blog

"pakai tudung labuh..macam cendawan bergerak..."

EXTEND SEMESTER - PELAJAR UiTM

Taubat dari maksiat.....