Rindu Kedamaian...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang........

~~Rindu itu adalah.... anugerah dari Allah...
Insan yang berhati nurani.. punyai rasa rindu...~~

Masih terngiang bait lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz... haha..
apa yang aku rindukan?? Hanya ketenangan dan kedamaian... 
memang betul aku rindukan kedamaian, ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan... 

Pelik tapi benar,,
Orang disekeliling kita, even sahabat terdekat pun kadang2 x dapat faham kerinduan ni..
Dari dulu aku x faham erti bahagia.. aku rasa hidup aku paling teruk, paling susah, paling banyak masalah...
haha..

Tapi aku silap.. sebenarnya semua manusia Allah berikan ujian dan dugaan dalam idup bergantung pada kesanggupan dan kemampuan masing2. Bukan ke aku da kata kat atas tadi, Allah itu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hatta, manusia2 yang diberikan kesejahteraan dan kekayaan dalam hidup, itu juga merupakan satu dugaan bagi mereka.. Maha Adil Allah, aku rasa malu kerana pernah berfikir begitu...

Betullah manusia ni mudah lupa...
Teringat sahabat bersama Anas... Katanya tidak suka dipanggil An-nas.. kerana An-nas itu bererti manusia, dan manusia itu mudah lupa.

Berbalik pada rindu tadi, ada punca mengapa aku rindu... aku rindukan keluarga yang sakinah walaupun aku tak pernah memilikinya. 
Bukankah keluarga sakinah itu adalah keluarga yang semua anggotanya merasakan kasih sayang, aman, tenteram, rasa dilindungi, bahgia, barakah, terhormat, saling percaya, sikap menghargai dan paling penting dirahmati Allah???

 


Tiada al-Quran, tiada as-sunnah, tiada ilmu, tiada hormat, TIADA ALLAH!!... tidak takut dengan balasan Allah. Jadi, bila itu semua tiada.... apa yang mampu ku lakukan?? Sedangkan aku insan kerdil yang tiada daya dan upaya melainkan hanya mampu berdoa dan terus berdoa.  

Jika kesalahan itu satu kali, dikatakan terlanjur.. mungkin kita boleh terima. Tapi kesalahan atau keterlanjuran itu dibiar berpanjangan dan menjadi keterlanjuran2 yang lain..... x mampu untuk aku katakan, Allah yang lebih tahu. Bila hati ini sudah ada setitik hitam jika dibiarkan... hati itu akan menjadi gelap, apabila hati sudah gelap, bermakna hati itu sudah mati.... 


Pada yang mencari ketenangan.. sentiasalah ingat Dia.... Allah tak pernah tidur ketika kita lena mahupun jaga. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sentiasalah bersangka baik pada Allah, kerana Dia tahu sekecil apa pun yang terlintas dalam hati hambanya walaupun tidak dilafaz....

Mencari kekuatan..... In Shaa Allah..

*sekadar kisah tauladan dari rakan2...

Sekian



Comments

Popular posts from this blog

EXTEND SEMESTER - PELAJAR UiTM

"pakai tudung labuh..macam cendawan bergerak..."

Taubat dari maksiat.....