Taubat dari maksiat.....

"Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
 Oh Tuhan Maha Kuasa,
 Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

  Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,

  Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu Ya Tuhan"



Assalamualaikum.. salam cinta.. salam penuh damai dan syukur...
Hai sahabat, indahnya hidup jika kita saling menghormati hak persahabatan. Alangkah indah jika kita senang menerima teguran dan nasihat dari seorang sahabat dengan merasakan cinta dan kemanisan hidup bersahabat, bersaudara.. 


Kalaulah kau tahu betapa hancur hati aku bila melihat kau tersasar jauh dari Tuhan kau... Tak sedarkah kau!! setiap apa yang kau perbuat di muka bumi ni, dilihat oleh Rabb mu. Maafkan aku sebab terlanjur tahu tentang aib kau dari seseorang yg juga sahabat kita....!! Bukankah elok jika dia tidak menceritakan aib kau kepada kami, so kami x terbeban utuk fikirkan masalah ni. 

Sejauh mana rasa sayang kita pada seorang lelaki.... jagalah diri kita sahabat.. kita WANITA TERHORMAT!! Jangan kerana pujukan seorang lelaki yang kau tak tahu sama ada dia jodoh kau ataupun tidak, kau sanggup melayan permintaan nafsu bodoh yang sifatnya jelas sia-sia. Kau solat, kau mengaji al-Quran, kau pegang amanat ibubapa kau untuk belajar di universiti ini untuk menjadi educated personnel.. Tapi apa yang kau buat, jelas menjatuhkan air muka keluarga, mengecewakan ibu bapa kau jika mereka tahu hal yang sebenar. Pastinya, aku tidak mahu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tak tegur kesalahan kau walaupun aku tahu. 


Sebagaimana AllahTa’ala berfirman yang artinya,”Teman-teman akrab  pada hari (kiamat) nanti sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”(QS. Az Zukhruf : 67).

Nasihat ini, bukan shj untuk diri kau tapi untuk diri aku yang banyak khilaf dan kekurangan ni. Aku sayang kau kerana kau sahabat... aku taknak hidup kau sia-sia, bertimbun dosa. Mungkin aku bukan sahabat yang baik... Tapi,, percayalah pada aku, kita sama2 boleh berubah untuk menjadi lebih baik. There is always have turning point to those yang betul2 nak.. yang betul2 mahu...Maafkan aku jika teguran aku nanti membuat kau berpaling muka dari aku.. But seriously, i really love u bcoz of Allah... in shaa Allah...

Comments

  1. semoga mereka akan cepat berubah..sabarlah wahai sahabat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

"pakai tudung labuh..macam cendawan bergerak..."

EXTEND SEMESTER - PELAJAR UiTM