FAHAMI LELAKI, GAYA WANITA PART 1

Assalamualaikum....

Entry ni khas untuk para lelaki dan wanita kat luar sana yang selalu bergaduh dan sering berlaku salah faham dalam relationship hangpa... padahal lepas dah gaduh besar besaran tu.. korang mula terfikir yang korang gaduh atas sebab2 yang "bodoh" je.. i means benda2 yang simple je boleh jadi huru hara.. kacau bilau hubungan korang..

Aku recommend korang try baca buku "Act like a lady, Think like a man" by Steve Harvey... What men really think about LOVE, RELATIONSHIP, INTIMACY and COMMITMENT.

So, memang buku tu akan bukak pandangan mata korang luas2... seluas lautan.. cewah! By the way buku tu dan entry aku ni lebih elok la kalau anak2 muda yang nak serius dalam hubungan yang baca... Kalau setakat cinta2 monyet dik.. jangan nak berangan la.. haha.. Cubalah untuk lebih matang dalam hubungan.. Biasanya dalam tempoh bertunang biasanya akan banyak masalah yang berlaku. Macam2 la cerita aku dengar based on true story dari kawan2 dan orang2 terdekat..

Ada sorang lelaki ni, dah bertunang.. tapi pegi bertunang dengan perempuan lain pulak dalam tempoh dia bertunang tu.. huhuw.. sedih je.. tapi, sekarang ni dia kawen da dengan tunang dia yang first tu la.. haha.... Dugaan betul kan... ada yang time bertunang hari2 gaduh.. sampai nak putuskan pertunangan.. padahal benda simple je.. ada yang time tu jugak la dia dok was2 dengan pasangan..was2 pasal duit cukup x cukup... time tu jugaklah kekasih lama muncul kembali.. haihhh macam2 sungguh.. Ni semua ni biasanya orang kata keja setan..

Almaklumlah,, depa ta mo kte ni dok halal...

Laoshi "cikgu" kelas mandarin aku dulu pernah kata.. n aku tertarik dengan penjelasan dia berkaitan dengan otak lelaki dan otak wanita. Dia kata..otak lelaki ni macam drawer atau box.. hangpa dok bayang sendiri la ea... tatau nak habaq.. hihi.. So, setiap box tu..isinya lain2... Ada box untuk family, ada box untuk girlfriend, ada box untuk kereta, ada box untuk kerja sahaja, ada box untuk bola..misalnya.... Ada satu lagi box dinamakan "EMPTY" box... Memang kosong la box dia tu.. thats why lelaki ni boleh layan memancing.. n jadikan benda tu as their hobby... Aku sendiri pun sebagai wanita x suka memancing.. dok tunggu jeeeee joran tu.. masa berjam jam habis just untuk tunggu ikan dok makan umpan... pada aku... what??!!! xde keja ke apa.. haha... Berbalik pada box2 tadi... lelaki akan buka kotak2 dia ni hanya bila dia rasa perlu je.. n dia x boleh buka kotak2 dia ni dalam satu masa.. Maksudnya, dala satu2 masa.. satu kotak je dia akan buka... Contoh kalau time tu dia tengah fikir pasal kerja.. tetiba ada problem dengan girlfriend.. so, work box dia tu dia akan simpan elok2 dulu.. bukak box girlfriend pulak... settle2... baru bukak work box semula... haha.. kemain perumpaannya...

OTAK WANITA pulak... kau ghase??? umpama apa pulak?? Dia kata otak wanita ni umpama wayar... wayar yang berselirat tapi connected antara satu sama lain... Sebab tu orang pompuan ni.. kalau tengah memasak kat dapur... dia sempat lagi cuci pinggan, basuh baju, sidai kain, menyapu... gler kau!! multitasking baq hang!!! Kalau hangpa dok biasa dengar mak2 hangpa berletiaq..... ha!!! daripada bebel pasal salah kau aryni, pada saat ni... dia bley bebel balik kesalahan kau minggu lepas,, sebulan lepas,, tahun lepas,, 10 tahun lepas.... hahahahah... yang tu memang win la!!! tu menunjukkan betapa sel2 otak wanita ni memang terlampau berhubung.. hahah dan dia bley bebel panjang2.. berharkat harkat tanpa waqaf dan tomaqninah...

WANITA........... hangpa mesti kena tahu... perkara PERTAMA pasal lelaki ni iaitu "MEN ARE SIMPLE".... Jangan harap nak lelaki ni dok fokus..belek muka kte 24/7.... Lelaki ni akan fokus untuk kerjaya tetap, hidup stabil.. yang menunjukkan diorang ni mampu untuk memimpin sesebuah keluarga.. tanggungjawab depa ni besaq... Daripada lahir lagi.. expectation ibu bapa terhadap anak lelaki sangat tinggi. Diorang nak anak lelaki ni jadi lelaki yang sejati.. kuat... tak menangis.. kalau jatuh.. bangkit semula... lelaki ini sebagai pelindung, tempat bergantung... itu lumrahnya..

Bersambung.. part 2


Comments

Popular posts from this blog

EXTEND SEMESTER - PELAJAR UiTM

"pakai tudung labuh..macam cendawan bergerak..."

Taubat dari maksiat.....